KUALA TERENGGANU: Sebanyak 15 buah bot nelayan Vietnam telah ditahan menerusi Op Naga Barat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu sejak Januari sehingga kini. Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid, berkata, penahanan itu melibatkan jumlah rampasan bernilai RM16.5 juta termasuk bot, peralatan memancing dan hasil laut. Menurutnya, seramai 123 orang kru termasuk tekong warga Vietnam turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Perikanan 1985…