PUTRAJAYA: Sejumlah 142,510 individu yang disahkan muflis ‘dilepaskan’ daripada status kebankrapan setakat ini sekali gus memberikan mereka peluang meneruskan kehidupan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah di bawah Dasar Peluang Kedua kerajaan berjaya melepasi sasaran pelepasan 130,000 orang diisytiharkan muflis dalam satu tahun. Katanya, belum ada mana-mana kerajaan sebelum ini mampu menyelamatkan sejumlah besar keluarga daripada status muflis, tetapi Kerajaan Madani berjaya melakukannya selepas diumumkan pada Belanjawan 2024.…