BUKIT GANTANG: Allahyarham seorang yang taat dalam beragama dan tidak pernah meninggalkan solat meskipun ketika berada di puncak gunung. Demikian kata wakil Kelab Alpine Malaysia, Mohd. Shobir Ahmad, 50, menceritakan perihal mangsa, Zulkifly Yusof, 37, yang meninggal dunia setelah terkandas di gua salji Gunung Denali Alaska Amerika Utara pada 29 Mei lalu. Menurut Mohd. Shobir, dia masih terkejut dan tidak percaya dengan apa yang telah menimpa rakannya itu. “Ajoi (Zulkifly)…










