KUALA LUMPUR: Isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks yang dihadapi negara ketika ini dijangka mampu diselesaikan Oktober ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Universiti Malaya (UM) bakal menawarkan kursus pembedahan kardiotoraks selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan. Menurut beliau, kerajaan menyedari mengenai masalah dihadapi dan ingin menyelesaikan isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks dengan kadar segera. “Insya-Allah dalam tempoh terdekat isu-isu seperti ini akan kita selesaikan…