KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenal pasti tujuh lokasi baharu yang bakal digazetkan sebagai kawasan Terengganu bebas asap rokok (TBAR) di negeri itu menjelang akhir tahun ini. Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ketika ini Terengganu mempunyai satu zon TBAR yang diwartakan pada tahun 2018 iaitu kawasan tumpuan pelancong di Batu Buruk, di sini. Menurutnya, apabila digazetkan kelak, Terengganu akan memiliki lapan zon TBAR di seluruh negeri bertujuan meningkatkan…