Taklimat kewarganegaraan: Pas anggap DAP sedang `membakar negara’

Taklimat kewarganegaraan: Pas anggap DAP sedang `membakar negara’

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mendakwa program dianjurkan DAP di Johor untuk memberi taklimat mengenai kewarganegaraan sebagai langkah bahaya seolah-olah sedang `membakar negara’.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, program memudahcara bagi mendapatkan kerakyatan tidak harus dilakukan kerana tanggungjawab tersebut dipikul Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ada parti sedang bakar negara, rakannya pula bantu marakkan api,” dakwa Fadhli dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Oleh itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggesa supaya DAP menjelaskan secara terperinci apakah niat Yeap Choon Keong yang mendakwa dirinya sebagai pengarah program kewarganegaraan DAP Pulau Pinang yang berjaya membantu mendapatkan kerakyatan untuk beberapa individu.

“Sepatutnya tugas yang begitu penting ini tidak boleh dilaksanakan oleh organisasi kepartian bahkan ia merupakan bidang khusus JPN dan KDN.

“Mengikut data di media sosial (Yeap) pada Mei 2024, sebanyak enam kes berjaya diselesaikan, lima kes pada bulan April dan tiga kes pada bulan Mac.

“Mohon jelaskan, apa ‘kabel’ yang digunakan sehingga mujarabnya usaha orang ini. Tidak cukupkah kaedah biasa di JPN dan KDN untuk menyantuni urusan ini,” soalnya.

Semalam tular poster program permohonan kewarganegaraan bakal berlangsung di Johor Bahru mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang, pada 30 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, dilaporkan berkata taklimat berkenaan adalah bagi menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau tiada sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa atau sebab-sebab lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN