Kedai roti Yahudi ditembak di Toronto - Utusan Malaysia

Kedai roti Yahudi ditembak di Toronto

SEBUAH kedai roti milik peniaga Yahudi ditembak di Toronto. - CTV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Dua premis kedai roti milik peniaga Yahudi di Toronto, Kanada mengalami kerosakan pada Ahad dalam dua insiden berasingan yang kini berada di bawah siasatan Unit Jenayah Kebencian Perkhidmatan Polis.

Dua cawangan kedai Kiva’s, sebuah rangkaian kedai roti yang terkenal dengan produk bagel, diserang pada sebelah pagi dengan cermin tingkap salah sebuah premis rosak akibat tembakan, kata polis dalam satu hantaran di platform X. 

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak penyiasat sedang berusaha menentukan sama ada kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan, tambahnya.

Salah sebuah premis menjadi sasaran tembakan, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan pada cermin tingkap, kata polis.

Cawangan kedua di bandar itu  turut mengalami kerosakan pada cermin tingkap. Namun, penyiasat tidak menemui sebarang bukti das tembakan di lokasi tersebut.

“Pada masa ini, pegawai penyiasat sedang meneliti sama ada kedua-dua insiden ini mempunyai kaitan dan sedang berusaha mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kami memahami bahawa kejadian ini menimbulkan kebimbangan kepada mereka yang bekerja dan menetap di kawasan ini, terutamanya komuniti Yahudi. Kami telah menggerakkan seluruh sumber yang ada bagi menyiasat perkara ini secara menyeluruh,” kata Inspektor Scott Bradbury kepada pemberita pada Ahad, dipetik daripada rakaman televisyen CTV, rakan penyedia berita CNN. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN