Semoga Tuanku kekal memerintah rakyat Kedah dengan adil

Semoga Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah dengan adil, saksama – PM

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K) kepada Anwar Ibrahim yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-82 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendoakan Sultan Salehuddin; Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi Rahmat dan hidayah Allah serta berada dalam keadaan yang sihat, Sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku,” katanya dalam satu ciapan di X, hari ini.

Perdana Menteri mendahului senarai 238 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Sallehuddin ke-82, hari ini.

Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja kepada Ahli Parlimen Tambun itu selaku penerima tunggal. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×