PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti semula sekolah-sekolah yang tidak mencapai tahap gred purata mata pelajaran (GPMP) untuk menyertai program dwibahasa (DLP). Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, majoriti anak Melayu di sekolah kebangsaan perlu diberi peluang untuk menyertai DLP demi memajukan diri mereka. “DLP dapat meningkatkan taraf kesejahteraan anak-anak Melayu dan membuka peluang bagi mereka untuk melangkah keluar dari kitaran…









