KUALA LUMPUR : Vokalis Cokelat, Kikan mengakui tidak pernah mempunyai hubungan baik selepas mengundurkan diri daripada kumpulan itu pada 2010. Susulan kejadian itu, Kikan mengakui begitu membenci dan tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan yang juga sahabatnya yang dikenali hampir tiga dekad lalu. “Selama saya tak bersama Cokelat, saya benci dan marah sekali kalau orang panggil saya Kikan Cokelat. “Saya ini Kikan Namara. Saya mencuba mati-matian melepaskan diri dari bayang-bayang Cokelat…










