KOTA KINABALU: Runtuhan batu-batuan yang banyak di Gunung Kinabalu boleh menghasilkan aliran debri atau banjir lumpur di kawasan sekitar. Pakar Geologi, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, sekiranya jumlah jatuhan batuan banyak, ia berpotensi untuk menghalang laluan sungai di bahagian hulu dan boleh membentuk empangan sementara. Sekiranya empangan sementara tersebut pecah ia boleh menghasilkan aliran debri atau banjir lumpur, seperti yg berlaku dahulu. “Justeru, adalah penting untuk pihak berwajib memantau keadaan…










