KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran membuat laporan polis jika terdapat bukti berlaku penyelewengan berhubung dana RM5 juta yang diperuntukkan untuk menyelesaikan isu air di kampus induk universiti berkenaan. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi menangani dakwaan bahawa berlaku penyelewengan dalam menyelesaikan isu bekalan air di UMS. Menurut beliau, peruntukan RM3 juta yang diluluskan Pejabat Perdana Menteri dan peruntukan RM2 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi telah digunakan sebaiknya untuk membina telaga tiub yang menghasilkan sejuta liter air sehari (MLD). Katanya, tidak berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya