ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah rosak dalam kejadian ribut yang melanda sekitar Kubang Pasu, dekat sini awal pagi ini. Kejadian bermula kira-kira pukul 2 pagi itu turut mengakibatkan banyak pokok tumbang di beberapa lokasi termasuk menghempap rumah penduduk. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, kejadian ribut berlaku dalam tempoh kira-kira 35 minit dan anggotanya telah melakukan operasi pemotongan pokok tumbang dan membersihkan kawasan…










