SUBANG JAYA: Polis menyelamatkan buruh warga asing berusia 13 tahun yang dikerah bekerja selama sembilan jam sehari dengan bayaran RM45 dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Taman Perindustrian Puchong Utama di sini, semalam. Kanak-kanak lelaki tersebut antara lima buruh asing bawah umur yang berjaya diselamatkan oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Op Pintas Mega. Difahamkan, lingkungan gaji diperoleh mereka…










