Remaja 13 tahun bakar anak kucing dikenakan bon berkelakuan baik

Remaja 13 tahun bakar anak kucing dikenakan bon berkelakuan baik

REMAJA 13 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi hukuman kes bakar kucing hidup-hidup. UTUSAN/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG:  Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang tular membakar seekor anak kucing hidup-hidup, dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kesakitan terhadap haiwan tersebut.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memerintahkan demikian terhadap pesalah juvana itu selepas meneliti laporan akhlak yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM).

Selain bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000, mahkamah turut  mewajibkan tertuduh menjalani bengkel interaktif anjuran JKM dalam tempoh setahun dan sekatan keluar rumah bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh ketika ditemui selepas prosiding berkata, semasa rayuan anak guamnya mengakui kesalahan itu selain menyatakan hasrat ingin membela kucing.

“Tertuduh mohon maaf kepada mahkamah, berjanji tidak akan buat lagi dan dia turut mengatakan ingin membela kucing bagi menebus kesalahan yang  dilakukan,” kata peguam itu.

Mengikut pertuduhan, remaja itu bersama-sama dengan dua lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kesakitan terhadap seekor kucing secara kejam dengan membakar haiwan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan tempat letak kereta di sebuah blok, Pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pukul 1.08 tengah hari pada 22 April lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN