PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 atau Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) bagi menggubal akta untuk mengawal selia penggunaan tenaga secara cekap dan konservasi tenaga telah diluluskan oleh Parlimen pada 25 Jun 2024. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PERTRA) dalam kenyataan memberitahu, Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 ini akan menyokong inisiatif peralihan tenaga ke arah mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih…









