KANGAR: UMNO Perlis perlu mengenalpasti segera calon-calon yang ingin diketengahkan dalam Pilihanraya Umum Ke -16 (PRU16) bagi merampas semula kemenangan di negeri ini daripada Perikatan Nasional (PN). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kepimpinan di peringkat negeri perlu melakukan kerja awal dengan mengenalpasti calon yang berkelayakan untuk bertanding di mana-mana kawasan parti itu yang kalah sebelum ini. Beliau berkata, langkah tersebut juga membolehkan kepimpinan parti menilai prestasi…