Projek Air Perak-Pulau Pinang tunjuk perkembangan positif

Projek Air Perak-Pulau Pinang tunjuk perkembangan positif

AKMAL Nasrullah (tengah) dan Kon Yeow (dua dari kanan) mendengar penerangan berhubung projek di Bertam, Kepala Batas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Langkah mitigasi yang diambil bagi pelaksanaan projek air antara Perak dan Pulau Pinang ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Pulau Pinang memberikan komitmen yang begitu baik sekali gus melancarkan perjalanan projek berkenaan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen jelas terhadap projek ini dan pihak kementerian (PETRA) juga menyambut penuh usaha ini. Cuma, perancangan itu tidak melibatkan sumber air semata-mata tetapi perancangan untuk membuka satu lagi industri hijau di Kerian (Kerian Hi-Tech Park).

“Masa itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah mengambil langkah mitigasi kerana dalam menguruskan air, ia tidak bermaksud hari ini rancang esok siap, ia mengambil masa begitu lama.

“Jadi, apabila dimaklumkan ada projek (sebahagian langkah mitigasi) siap di Bukit Panchor (dalam daerah Seberang Perai Selatan) ini menunjukkan perkembangan sangat positif (dalam memastikan projek air antara dua negeri) berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran ‘Sailing Towards Sustainability ESG Initiative Commencement and Renewable Energy Handover Ceremony’ di Bertam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, pihaknya juga menyokong penuh sekiranya kos infrastruktur projek air antara dua negeri itu dibiayai oleh Kementerian Ekonomi.

“Rancangan (Projek Air Perak Pulau Pinang) itu perlu diusahakan secara bersama-sama untuk justifikasi meningkatkan bekalan air di negeri Perak ini juga, perlu merangkumkan rancangan industri dan sebagainya.

“Oleh sebab itu, kementerian memang sependapat dengan kerajaan negeri (Pulau Pinang) supaya projek ini dijadikan keutamaan,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau percaya Kerajaan Persekutuan menerusi PETRA akan menyediakan peruntukan untuk sebahagian pelaksanaan kerja seperti kerja-kerja sumber air mentah di Sungai Kerian, Perak.

“Justeru, satu perbincangan langsung berkaitan Projek Air Perak  Pulau Pinang dengan Perdana Menteri akan diadakan selepas selesai Mesyuarat Majlis Berkaitan Perubahan Iklim esok,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN