PETALING JAYA: PRK Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos dengan penamaan calon 3 Ogos, kata Suruhanjaya pilihan Raya hari ini. PRK itu diadakan susulan kerusi disandang Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan kosong. Pengerusi SPR, Ramlan Harun dalam kenyataan berkata, undi awal akan diadakan pada 13 Ogos. Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat SPR dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini. Pada 19 Jun lalu Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan…