Polis kenal pasti enam akaun bank diguna tipu pemain badminton kebangsaan

Polis kenal pasti enam akaun bank diguna tipu pemain badminton kebangsaan

LAI Pei Jing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini mengenal pasti enam akaun bank dipercayai digunakan sindiket penipuan pelaburan berasaskan jual beli barangan secara dalam talian yang memperdaya pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing baru-baru ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dengan institusi perbankan terlibat. 

Katanya, ia bagi mendapatkan butiran akaun dan transaksi kewangan berkaitan.

“Ini susulan satu laporan polis  dibuat oleh seorang pemain badminton kebangsaan yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit setelah ditipu dalam skim pelaburan berasaskan jual beli barangan dalam talian.

“Setakat ini, siasatan mengenal pasti enam akaun bank yang digunakan oleh sindiket penipuan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini. 

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan. 

Pada 3 Jun lalu, polis mengesahkan menerima laporan daripada pemain beregu campuran negara itu yang ditipu sindiket pelaburan.

Ramli dilaporkan berkata, laporan kejadian dibuat di Seri Kembangan, Selangor.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut kerana ia melibatkan sindiket penipuan pelaburan,” katanya.

Terdahulu, Pei Jing berkongsi kejadian menimpanya itu di Instagram pada 2 Jun lalu dan berharap semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang.

“Saya ditipu, hampir semua simpanan saya oleh sindiket penipuan. Sejujurnya, ini adalah tamparan hebat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak bertahun-tahun,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN