PETALING JAYA: Rompakan kedai emas di sebuah pusat beli belah di Kajang dekat sini dipercayai dilakukan empat lelaki bersenjata api, semalam mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3.2 juta. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Nasir Drahman berkata, buat masa ini belum ada sebarang tangkapan dan pihaknya sedang giat memburu suspek. “Siasatan kes masih berjalan. Setakat ini tiada tangkapan. Kerugian dianggarkan RM3.2 juta,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. Menurutnya, seramai tujuh saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan setakat ini termasuk pekerja di kedai emas terbabit. “Kita dalam tindakan untuk merakam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya