Air Caledonie mohon diisytiharkan muflis - Utusan Malaysia

Air Caledonie mohon diisytiharkan muflis

SYARIKAT penerbangan Air Caledonie mohon diisytiharkan muflis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOUMEA: Sebuah syarikat penerbangan domestik utama di New Caledonia telah memfailkan muflis selepas menamatkan tugas separuh daripada kakitangannya pada bulan lalu.

Air Caledonie merupakan syarikat penerbangan domestik bagi New Caledonia, sebuah wilayah Perancis yang terdiri daripada berpuluh-puluh pulau di Pasifik Selatan. Syarikat itu mula terjerumus ke dalam krisis kewangan pada awal Mac lalu. 

Kesemua penerbangan telah digantung selepas lapangan terbang utama disekat oleh penduduk yang membantah rancangan untuk memindahkan operasi syarikat tersebut dari Lapangan Terbang Magenta di Noumea ke Lapangan Terbang Antarabangsa La Tontouta.

Krisis tersebut menyebabkan 220 kakitangan diberhentikan tugas sementara, selain Air Caledonie turut memfailkan permohonan untuk muflis.

Antara punca kemarahan penduduk tempatan terhadap rancangan pemindahan tersebut adalah kebimbangan bahawa langkah itu akan menyebabkan waktu perjalanan lebih lama, harga tiket lebih tinggi dan pengurangan aksesibiliti kepada penerbangan.

Presiden New Caledonia, Alcide Ponga, memberikan kenyataan tegas mengenai tindakan tersebut.

“Ia kelihatan seolah-olah ada pihak yang mahukan kehancuran Air Caledonie,” katanya.

Air Caledonie menyatakan pihaknya kekal berusaha untuk menyelamatkan syarikat yang amat penting bagi New Caledonia dan merangka pelan pemulihan yang berdaya maju.

Gangguan penerbangan itu turut menyebabkan masalah kepada perniagaan pelancongan dan hospitaliti. 

Menurut laporan RNZ, banyak perniagaan telah pun ditutup akibat gangguan tersebut. Syarikat penerbangan ini mula ditubuhkan pada 1954. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN