IPOH: Perebutan kawasan pengedaran dadah antara dua kumpulan, dipercayai menjadi motif pergaduhan berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini semalam. Dalam kejadian dilaporkan sekitar pukul 11.03 pagi itu, satu pergelangan tangan sebelah kiri telah ditemukan berdekatan lokasi kebakaran kereta. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati, tiga lelaki warga tempatan berusia 26 hingga 30 tahun telah diserang sekumpulan 20 lelaki bersenjatakan…