ALOR SETAR: Kerajaan negeri sedang mempertimbang cadangan untuk pembelian pendakap (clamp) tempahan khas dari Jerman sebagai langkah untuk menyelesaikan isu kebocoran paip dasar laut yang membawa air mentah ke Langkawi. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rancangan itu telah diusulkan oleh syarikat yang diberi amanah untuk melaksanakan audit terhadap kebocoran paip dasar laut sepanjang 36 kilometer dari Sungai Baru, Perlis ke Langkawi. Menurutnya, langkah tersebut merupakan antara…










