KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di sempadan Malaysia – Singapura dijangka memakan masa sehingga Sabtu depan berdasarkan keadaan cuaca di perairan tersebut. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara kawasan pantai yang terlibat adalah Pantai Sungai Rengit, Pantai Teluk Ramunia dan Pulau Cik Kamat. Bagaimanapun, menurut beliau, kerja-kerja pengumpulan sisa sampah berminyak sudah mencapai 95 peratus setakat pukul 6 petang semalam. “Fasa pertama pembersihan…