Pemandu lori kelar isteri dituduh di mahkamah

Pemandu lori kelar isteri dituduh di mahkamah

SURIA Raj Subramaniar dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh isterinya di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh dengan mengelar isterinya pada 7 Jun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan dibuat berikutan urusan pendengarannya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, namun, tertuduh, Suria Raj Subramaniar mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa membunuh Kirshashini Anbalakan, 28, dekat dalam bilik tidur rumah mereka dekat pangsapuri berkenaan di antara pukul 6.30 hingga 7 pagi.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan.

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi menyatakan, tiada jaminan ditawarkan berikutan pertuduhan bunuh dihadapi Suria Raj, 31, dan memohon tarikh sebutan untuk menghantar laporan kimia.

Majistret Siti Zubaidah Mahat, kemudian menetapkan tiada jaminan dibenarkan serta tarikh sebutan semula pada 3 September depan bagi pengantaran laporan kimia.

Terdahulu seorang wanita berusia 28 tahun dilaporkan maut terbaring di atas katil dekat sebuah rumah di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik, di sini pada hari tersebut.

Mayat wanita itu ditemukan kira-kira pukul 7 pagi dengan kesan kelar pada bahagian leher dan tangan kanannya.

Malah, hasil bedah siasat ke atas mangsa juga mendapati 12 luka hiris dan kelar antaranya di telinga, pipi, dagu, leher, jari dan kepalanya. Punca kematian dikatakan akibat kesan kelar di leher yang memotong kulit dan saluran pernafasan wanita itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN