KUANTAN: “Walaupun diri tidak sama macam orang lain, berharap juga orang macam saya dapat terus mengejar cita-cita,” katanya. Demikian, harapan seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) fizikal Muhammad Adib Nadhir Mohd Zaharizan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal Lempong, dekat sini. Muhammad Adib memperoleh keputusan 3A 5B dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini sekali gus ditawarkan Program Asasi Sains Kemanusian di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah…