Peguam tidak dapat bertemu ibu bapa Zayn Rayyan

Peguam tidak dapat bertemu ibu bapa Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak dibenarkan bertemu anak guamnya itu yang kini dalam tahanan reman polis.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin berkata, beliau sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertemu pasangan terbabit.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Fahmi yang baru dilantik menggantikan peguam sebelum ini berusaha bertemu pasangan terbabit.

Fahmi semalam mengesahkan dirinya dilantik sebagai peguam baharu mewakili ibu bapa kanak-kanak Zayn Rayyan yang ditahan polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

Datuk kepada Zayn, Zahari Mohd. Reba turut mengesahkan peguam baharu yang dilantik pihaknya adalah Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya.

Sebelum ini pasangan itu diwakili Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sebelum beliau memaklumkan dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam dekat sini,  Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN