PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini merekodkan bantahan pasukan peguam yang mewakili ibu kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin terhadap permohonan polis untuk merekodkan pengakuan salah wanita tersebut berkaitan siasatan kes pembunuhan anaknya. Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, permohonan polis yang dikemukakan mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 adalah tidak relevan bagi mendapatkan pengakuan salah di hadapan seorang majistret. Beliau menyifatkan tindakan polis…