PBS kini diterajui Joachim Gunsalam

PBS kini diterajui Joachim Gunsalam

Parti Bersatu Sabah (PBS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) kini diterajui  Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam selepas Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahkan tugas Presiden kepada pemangkunya, Joachim secara rasmi semalam.

Penyerahan tugas kepada Joachim selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PBS semalam.

Maximus juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) menerajui kepimpinan PBS sejak enam tahun lepas setelah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengundurkan diri daripada arena politik dan kekal sebagai penasihat PBS.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki berkata, Maximus menerusi mesej yang dihantar memaklumkan peralihan kepimpinan itu perlu demi kebaikan parti.

“Hari ini tiba masanya untuk satu perubahan yang saya yakin akan membawa pembaharuan iaitu penyerahan tugas dan tanggungjawab saya sebagai presiden kepada pemangku yang saya pilih mengikut Artikel 15 (iii) (a) Perlembagaan PBS, iaitu Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

“Kita mesti sedar bahawa ini bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melepaskan kedudukan, tugas dan peranannya kepada seorang pengganti dalam kalangan pemimpin yang ada.

“Banyak soalan pasti akan berbangkit dan banyak cabaran akan didepani oleh sesiapa saja yang memegang atau bertindak sebagai presiden mana-mana parti atau organisasi, khususnya parti yang bersejarah dan sangat bermakna kepada rakyat Sabah,” katanya.

Selepas diserang angin ahmar,  kesihatan bekas Ahli Parlimen Kota Marudu itu tidak begitu baik dan menjejaskan percakapannya.

Maximus berkata, keadaan kesihatannya pada masa ini memerlukan beliau memberi lebih banyak perhatian kepada proses pemulihan. Maka, beliau yakin pelantikan Joachim adalah keputusan yang baik untuk PBS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN