GEORGE TOWN : Kerajaan negeri mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk memberi rebat kepada rakyat Pulau Pinang bagi membantu mengurangkan beban mereka susulan kenaikan tarif air bermula Februari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang bersidang pada hari ini. “Kerajaan negeri mengambil maklum rintihan mengenai kadar tarif air domestik baharu yang dilaksanakan sejajar…