Pasang CCTV di kaunter mudahkan siasatan polis

Pasang CCTV di kaunter mudahkan siasatan polis

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis menasihatkan pemilik premis agar memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik untuk memudahkan siasatan sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pemilik premis juga perlu bersikap tegas dan meminta pelawat atau penghantar kurier menanggalkan topi keledar serta membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter. 

“Sudah terlalu banyak kes yang kita dapati penjenayah memakai pelitup muka. Jadi, sukar untuk pihak polis lakukan pengecaman. 

“Oleh itu, saya menasihatkan pemilik premis untuk memasang CCTV menghala ke wajah mereka yang berurusan di kaunter,” katanya. 

Minggu lalu, polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing adalah sebagai ancaman bom palsu

Menurut beliau, setelah 12 individu dirakam percakapan berhubung kes tersebut, pihak polis kini dalam proses akhir untuk mengedar gambar lakaran suspek. 

“Lakaran wajah suspek akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi mengesan si pelaku,” 

Tambahnya, tindakan meletakkan kamera ini bakal memudahkan siasatan pihak polis. 

“Paling penting, penjenayah pun akan takut sekiranya ada CCTV di kaunter tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×