PASIR SALAK: Pesawah di daerah ini mengalami kerugian apabila padi tidak dapat dituai mengikut masa ditetapkan berikutan mesin padi tidak dapat ke sawah akibat tanah lembut atau jerlus. Ini menyebabkan mesin pemotong padi terbenam dalam tanah selut dan sering kali jentera pemotong mengalami kerosakan. Ketua unit kawasan sawah di Kampung Sungai Manik Kiri, Malik Faisal Ahmad berkata, tanah sawah menjadi lembut dan jerlus akibat cuaca tidak menentu terutama hujan lebat…










