IPOH: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan bogel di hadapan sebuah kilang di Laluan Perusahaan Klebang 1, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu dilaporkan oleh orang awam pada pukul 12.20 tengah malam di mana mendakwa telah berlaku pergaduhan menyebabkan kematian. Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa terbaring…