Malaysia sambut baik pendekatan AS tangani konflik Palestin-Israel

Malaysia sambut baik pendekatan AS tangani konflik Palestin-Israel

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik pendekatan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani konflik Palestin dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan desakan Presiden AS, Joe Biden agar Israel menerima cadangan gencatan senjata sebagai pertukaran pembebasan tebusan.

“Kami mengalu-alukan tanda-tanda awal perubahan dalam pendekatan AS terhadap konflik. Kami berharap AS akan terus menilai semula pendekatannya dan menyegerakan menamatkan pembunuhan beramai-ramai,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37 di sini, hari ini.

Berhubung krisis Myanmar, Anwar berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan negara ASEAN serta Rakan Dialog dalam menyelesaikan krisis di negara itu.

Katanya, ia terutamanya untuk mendorong keamanan, mencari mekanisme kemanusiaan yang lebih berkesan dan penglibatan politik semua pihak berkepentingan di negara itu.

“Sebagai rakan dan saudara negara Myanmar di Asia Tenggara, Malaysia secara konsisten menyeru untuk menghentikan keganasan yang berterusan, menamatkan sejarah peminggiran politik terhadap semua rakyat Myanmar, dan pematuhan kepada Konsensus Lima Perkara yang dicapai bersama di Jakarta, pada April 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN