Lelaki mengaku pukul isteri guna batang mop, kayu besbol

Lelaki mengaku pukul isteri guna batang mop, kayu besbol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik, bulan lalu.

Tertuduh Inderjit Singh, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, Inderjit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya Sukhvinder Kaur dengan cara memukul beberapa kali menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik warna putih kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul di sini pukul 3 petang, pada 5 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan keluarga. Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM4,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×