Lelaki ditahan kerana rosakkan kereta dengan helmet

Lelaki ditahan kerana rosakkan kereta dengan helmet

TANGKAP layar daripada satu rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki bermotosikal cuba merosakkan sebuah kereta yang melanggarnya dengan menggunakan helmet di Jalan Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan helmet di Jalan Sungai Pinang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek lelaki berusia 30-an ini ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam di kawasan Flat Jalan Sungai Pinang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya di sini, hari ini.

RAZLAM Ab. Hamid (tengah) ketika ditemui pemberita di George Town, Pulau Pinang

Sebelum ini, tular kejadian mengenai seorang lelaki yang merosakkan kereta dipandu seorang lelaki lain dengan menggunakan helmet.

Menurut Razlam, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 petang Sabtu lalu dan suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas motosikalnya dilanggar oleh kereta mangsa.

“Suspek pada mulanya mengajak mangsa untuk bergaduh selepas kejadian itu (kemalangan) namun, mangsa enggan memanjangkan keadaan dan mahu berlalu pergi.

“Bagaimanapun, suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian mengekori kereta mangsa bertindak merosakkan kereta tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×