PETALING JAYA: Kos penjagaan kesihatan dikhuatiri terus meningkat sekiranya kerajaan tidak mengawal selia Pentadbir Pihak Ketiga (TPA). Justeru, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, TPA terdiri daripada organisasi penjagaan terurus yang dimiliki secara persendirian yang diupah oleh syarikat untuk menguruskan faedah kesihatan pekerja-pekerja mereka. Menurutnya, sebagai orang tengah dalam penjagaan kesihatan swasta, mereka memperoleh pendapatan melalui penyediaan perkhidmatan penjagaan terurus kepada majikan serta melalui bayaran daripada…










