Kes Penyelewengan JMC: Penahanan peguam berlandaskan fakta

Kes Penyelewengan JMC: Penahanan peguam berlandaskan fakta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan Lawyers of Liberty (LFL) mengenai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berniat menghalang hak awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang (interference with the right of the public to legal representation) bagi kes kes penyelewengan kutipan dana sebuah Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC) adalah tidak berasas.

SPRM dalam satu kenyataan menafikan tohmahan yang dilemparkan oleh peguam-peguam dalam satu sidang media yang LFL berkaitan siasatan kes itu.

Kata kenyataan itu, SPRM  telah menerima aduan pada sekitar penghujung Mei lalu daripada penduduk di sebuah kawasan di Damansara bahawa dana kutipan pengurusan dan penyelenggaraan oleh pihak JMC itu dipercayai telah diseleweng.

“Hasil siasatan awal mendapati ada asas disyaki berlakunya perkara tersebut berdasarkan laporan berkaitan kos guaman oleh pihak JMC berkenaan yang tidak diisytiharkan sepenuhnya.

“Sehubungan itu, SPRM telah melancarkan satu operasi pada 4 Jun lalu dan pihak yang disyaki terlibat telah ditahan dan direman bagi maksud siasatan kerana beliau merupakan antara suspek utama,” katanya kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, fokus siasatan adalah di bawah Akta SPRM 2009 serta pecah amanah dan bukannya untuk mendapatkan maklumat daripada anak guam. 

“Oleh yang demikian, tidak timbul isu pihak penguat kuasa campur tangan atau berniat menghalang hak awam.

“Sebagai agensi penguat kuasa, SPRM dikuatkuasakan dengan Akta SPRM 2009, Seksyen 31: Kuasa untuk Memeriksa dan Menggeledah dan Menyita,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, di bawah seksyen tersebut, seseorang pegawai SPRM, berdasarkan maklumat bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah berlaku, boleh memasuki atau memecah buka mana-mana premis, mencari, menyita dan mengambil milik apa-apa buku, dokumen, rekod akaun, atau data, dan menahan mana-mana orang yang ditemui dalam premis.  

“SPRM berpandangan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang sedang disiasat seolah-olah bertujuan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. 

“Sebagai agensi penguat kuasa antirasuah utama negara, SPRM tidak akan tunduk kepada sebarang usaha untuk menghalang atau mengganggu siasatan mengikut proses undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×