PETALING JAYA: Polis setakat merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan kejadian keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak dekat sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kesemua individu itu terdiri daripada ahli keluarga dan pembekal makanan. Katanya, kesemua mereka dipanggil kelmarin dan semalam bagi membantu siasatan. “Pihak polis akan memanggil beberapa pihak…









