SHAH ALAM: Kenaikan harga minyak diesel yang berkuatkuasa pada Isnin lalu didakwa menyebabkan kejutan ekonomi di seluruh negara selain kesan gandaan atau multiplier effect di peringkat termasuk sosial. Malah, penarikan subsidi terhadap bahan api oleh kerajaan turut dijangka membawa kesan terhadap kadar inflasi negara. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri, berkata kerajaan menyelesaikan kaedah pengagihan dan penyasaran semula subsidi seperti pemberian Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) sebelum…