KANGAR: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap disifatkan cukup penting bagi menyampaikan mesej atau isyarat kepada kerajaan Perpaduan khususnya berkaitan pelbagai isu yang membebani rakyat pada masa ini. Ketua Penerangan Pas negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, jika PN menang di kerusi berkenaan ia bakal membuktikan isyarat rakyat yang tidak berpuas hati terhadap beberapa isu membabitkan kerajaan pada masa kini…