NIBONG TEBAL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap dapat mengekalkan momentum untuk mempercepatkan proses berkaitan permohonan kewarganegaraan sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini, tiga permohonan yang diberi tumpuan oleh pihak kementerian itu melibatkan anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak yang lahir di luar negara dengan bapanya bukan warganegara. “Kita sudah capai KPI (petunjuk prestasi utama) untuk tahun lepas iaitu sebanyak 14,000 (permohonan diproses)…