Kanak-kanak autisme dipercayai dibunuh: Ibu bapa ditahan

Zayn Rayyan dibunuh: Ibu bapa ditahan polis

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, ditahan polis hari ini.

Difahamkan, pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira 11 pagi.

“Lelaki dan wanita terbabit akan dibawa ke Ibu pejabat Polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman esok.

Tahun lalu, seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun ditemukan maut disyaki dibunuh selepas kira-kira 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Petaling Jaya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN