GEORGE TOWN : Pengusaha bas ekspres, bas sekolah atau bas persiaran tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana subsidi diesel itu terus diberikan kepada pengusaha-pengusaha terbabit sekaligus menyaksikan mereka tidak terkesan dengan penyasaran subsidi bahan api yang diumumkan oleh kerajaan itu. “Ini tak sepatutnya berlaku (kenaikan tambang). Subsidi diesel terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas…