Kabinet dimaklum keputusan pelaburan terhadap MAHB

Kabinet dimaklum keputusan pelaburan terhadap MAHB

ANWAR Ibrahim ketika menjelaskan semua keputusan pelaburan syarikat kepentingan kerajaan seperti Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukanlah urusan Kabinet.-Jabatan Penerangan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah dimaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, semua keputusan pelaburan syarikat kepentingan kerajaan seperti Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukanlah urusan Kabinet.

Namun Anwar kemudian menjelaskan, beliau telah memaklumkan dalam mesyuarat Kabinet terhadap apa yang berlaku termasuk membabitkan kepentingan dalam MAHB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pelaburan PNB dan Khazanah bukan urusan Kabinet. Selama ini saya lihat juga minit-minit mesyuarat bahawa keputusan pelaburan Khazanah, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PNB tidak dirujuk kepada Kabinet termasuk ketika rakan-rakan di sebelah sana menjadi anggota Jemaah Menteri.

“Tetapi dalam soal ini, saya dah maklum selepas itu, saya maklum kepada Kabinet ini yang berlaku.

“Ini maklumat sahaja, kalau ada ahli Kabinet bangkitkan kami tidak tahu, itu betul, kerana saya maklum selepas keputusan itu dibuat,” katanya dalam pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shahar bertanyakan sama ada keputusan pengambilan kepentingan MAHB dibuat melibatkan dalam mesyuarat Kabinet.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini