PETALING JAYA: Keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah dimaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri. Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, semua keputusan pelaburan syarikat kepentingan kerajaan seperti Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukanlah urusan Kabinet. Namun Anwar kemudian menjelaskan, beliau telah memaklumkan dalam mesyuarat Kabinet terhadap apa yang berlaku termasuk membabitkan kepentingan dalam MAHB. “Semua pelaburan PNB dan Khazanah bukan urusan Kabinet. Selama ini saya lihat juga minit-minit mesyuarat bahawa keputusan pelaburan Khazanah, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PNB tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya