JMK tawar 50 peratus diskaun sempena Aidiladha

JMK tawar 50 peratus diskaun sempena Aidiladha

R. RAMANAN (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) kepada koperasi yang terjejas akibat bencana alam di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Seksyen 7, Kota Damansara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Jualan Madani Koperasi (JMK) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan sebanyak 50 peratus diskaun bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Seksyen 7, Kota Damansara, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, tawaran harga sehingga 20 peratus dari harga pasaran ini bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Katanya, jualan yang dibuat secara besar-besaran turut mengadakan sesi jualan Happy Hour iaitu diskaun tambahan sebanyak 30 peratus selama satu jam menjadikan harga barangan lebih murah berbanding harga pasaran.

“JMK ini berlaku serentak di kebanyakan tempat. Sudah dua kali kita buat di Parlimen Sungai Buloh, sebelum ini jualan madani yang pertama di Paya Jaras dan yang kedua adalah di sini dengan diskaun sebanyak 50 peratus iaitu antara jualan paling murah yang diadakan.

“Saya harap SKM sentiasa menganjurkan JKM ini supaya dapat meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat,” katanya semasa ditemui pemberita di sini.

Ramanan berkata, SKM telah melantik lima operator jualan yang terdiri daripada koperasi di Negeri Selangor antaranya ialah Koperasi Kariah Assahabah Selangor Berhad, Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad, Koperasi Keluarga Ibu Azmi Selangor Berhad, Koperasi Pengusaha dan Pengilang Ubi Selangor Berhad dan Koperasi Kangen Selangor Berhad.

“Bagi suku pertama 2024, sebanyak 36 program JMK telah diadakan di 19 kawasan Parlimen seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada 90,535 orang pengguna terdiri daripada kalangan anggota koperasi dan masyarakat setempat.

“Program ini juga telah merekodkan jumlah jualan sebanyak RM3.62 juta melalui 95 koperasi yang dilantik sebagai operator jualan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai SKM, Rusli Jaafar berkata, pihaknya akan memainkan peranan yang besar dengan memberikan perkhidmatan jualan madani terutama di kawasan luar bandar.

“Program JMK ini boleh masuk ke kawasan luar bandar termasuk kawasan pendalaman berbanding program jualan murah yang sebelum ini.

“Selain itu, kami juga mensasarkan sebanyak 38 program jualan sebegini sempena Aidiladha dengan saiz jualannya lebih mega berbanding program komuniti yang lain.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SKM telah memperuntukkan insentif harga sebanyak RM1 juta bagi koperasi melaksanakan JMK kepada penduduk setempat dan ahli koperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN