BINTULU: Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera parah selepas tercampak keluar daripada kenderaan dinaiki yang disyaki terbabas di Jalan Persisir Bintulu-Semalajau, berdekatan Ladang Tatau Estate di sini pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong diketuai Komandan Harrison Dawi dikerahkan ke tempat kemalangan untuk bantuan menyelamat. “Setiba anggota bomba di lokasi kejadian komander operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan…