IPOH: Seorang wanita berusia 48 tahun ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di rumahnya di Kampung Simee, di sini hari ini. Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suami berusia 56 tahun sebelum suspek bertindak memukul mangsa di kepala dan menikamnya. Lebih menyedihkan apabila kejadian itu disaksikan oleh anak perempuan pasangan itu yang berusia 12 tahun. Kejadian sekitar pukul 8 pagi itu dikatakan berlaku ketika pasangan berkenaan baharu tiba…










